Transgender perlukan sokongan kerajaan, kata kumpulan kebajikan


PERTUBUHAN Kebajikan dan Kesihatan Umum Malaysia (PKKUM) menggesa kerajaan Malaysia mengubah pendekatannya terhadap isu melibatkan LGBT serta menawarkan lebih banyak sokongan kepada komuniti transgender.

“Komuniti transgender kami sangat bimbang dengan bagaimana jenis isu ini (LGBT) dibincangkan,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

PKKUM mencadangkan kerajaan mengambil pendekatan lebih komprehensif dalam mendekati isu transgender yang lebih spesifik berbanding mengelompokkan mereka dengan terma besar LGBT.

“Kami mahu menekankan yang LGBT adalah terma besar,” kata organisasi kesihatan dan kebajikan itu.

Katanya, penggunaan terma besar menjadi kurang berkesan apabila kerajaan hanya mahu mendekati isu kelompok tertentu sahaja.

Kenyataan itu susulah perdebatan hangat dalam Dewan Rakyat bulan lepas mengenai isu LGBT, apabila pembangkang Barisan Nasional bertanyakan tentang isu LGBT kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mujahid Rawa.

PKKUM juga menggesa kerajaan menyediakan lebih banyak sokongan kepada transgender dan mewujudkan tempat bantuan.

“Di Malaysia buat masa sekarang tidak ada badan profesional yang berurusan dengan kes gender disforia/gender identity,” katanya.

Kenyataan itu turut menyentuh pentingnya menghapuskan pandangan yang gender disforia adalah sejenis penyakit mental.

“Menjadi transgender sudah lama tidak dianggap sebagai penyakit mental. Malangnya, pendekatan ini masih digunakan sebagai asas menjadikan transgender satu jenayah.” – 8 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen