DUA lagi sekolah perempuan dibakar di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada malam Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Memetik laporan media tempatan menyatakan sekolah tersebut terletak di daerah Pishin. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Kejadian berlaku ketika waktu persekolahan masih berjalan. Polis percaya ia dilakukan oleh kumpulan militan.
Namun sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Ia merupakan kejadian kedua yang mensasarkan sekolah-sekolah di Pakistan sejak beberapa hari lalu.
Pada Jumaat, militan membakar 12 buah sekolah di wilayah Gilgit-Baltistan di utara Pakistan. – Bernama, 8 Ogos, 2018.
Komen