PM Sepanyol bersedia beri keterangan rasuah di mahkamah


Permintaan Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy memberi keterangan melalui persidangan video ditolak dan Mahkamah Tinggi Sepanyol memutuskan beliau perlu hadir semasa perbicaraan. – Gambar fail AFP, 25 Julai, 2017.

PERDANA Menteri Sepanyol Mariano Rajoy sedang bersiap untuk memberi keterangan sebagai saksi pada Rabu bagi perbicaraan rasuah yang melibatkan bekas anggota Parti Popular (PP).

Tiada perdana menteri lain bertindak muncul di mahkamah sejak peralihan kuasa Sepanyol kepada demokrasi berikutan kematian diktator Francisco Franco pada 1975.

Dua bekas perdana menteri – Felipe Gonzalez, bekas pemimpin Sosialis, dan Adolfo Suarez, perdana menteri semasa peralihan – muncul di mahkamah dalam perbicaraan berasingan selepas mereka tidak lagi berkhidmat.

Pemimpin konservatif berusia 62 tahun itu sebelum ini meminta memberi keterangan melalui persidangan video tetapi Mahkamah Tinggi Sepanyol memutuskan beliau perlu hadir.

Perbicaraan akan berlangsung di mahkamah di San Fernando de Henares, berhampiran Madrid, berkisar mengenai dakwaan skim sogokan terbesar yang menyaksikan syarikat memberi rasuah kepada bekas anggota Parlimen PP dan penjawat awam sebagai pertukaran kontrak.

Walaupun beliau tidak terlibat dengan sebarang tuduhan, jawatan Rajoy sebagai ketua parti sejak 2004 – dan merupakan ahli  tertinggi sebelum itu – membolehkan beliau memberikan keterangan yang diperlukan.

Seorang jurucakap mahkamah mengatakan sebagai perdana menteri, Rajoy mempunyai “keistimewaan”, jika beliau inginkan, mengelak daripada duduk dalam saksi biasa di hadapan para hakim tetapi pada platform lebih tinggi di mana mereka mempengerusikannya.

Tetapi beliau tidak akan dapat mengelak daripada mendengar teriakan penunjuk perasaan yang merancang untuk berkumpul di depan mahkamah pada pagi Rabu, atau menyoal mengenai isu rasuah.

“Kesan di media pada hari itu dan hari-hari berikutnya mungkin menjadi kejam,” kata akhbar konservatif ABC pada hujung minggu dalam satu ruangan editorial.

Bukan “imej yang baik”

Pendakwa raya dijangka tidak akan menyoal Rajoy memandangkan mereka menentang penampilannya, menilai ia sebagai tidak perlu.

Tetapi cadangan mereka ditolak hakim yang memutuskan perdana menteri harus memberi keterangan.

Justeru,  pada Rabu, persatuan peguam Adade, seorang plaintif sivil dalam kes itu, akan menyoal Rajoy dalam pengetahuannya sebagai ahli lama PP peringkat tertinggi.

Secara keseluruhan, 37 defendan berdekan mahkamah dalam kes itu termasuk dua bekas bendahari parti dan ahli perniagaan Francisco Correa, yang didakwa menjadi ketua hubungan itu.

Semua syarikat akan didakwa memberi komisen sebanyak 2-3% atas nilai kontrak awam.

Correa berkata di mahkamah beliau akan memberi ahli politik terlibat dalam pemberian kontrak sejumlah wang.

Rakan subahat utamanya yang didakwa adalah Luis Barcenas, bekas bendahari PP yang pernah rapat dengan Rajoy.

Tetapi berapa banyak yang Rajoy ketahui mengenai dakwaan rasuah di kalangan ahli politik PP?

Dan mengapa beliau tidak melaporkan Correa, ahli partinya, jika beliau mempunyai keraguan  dan mengeluarkannya daripada PP?

Jurucakap pejabat Rajoy memberitahu AFP yang perdana menteri itu “tenang dan bersedia untuk bekerjasama”.

Dan Fernando Martinez-Maillo daripada PP menegaskan penampilan perdana menteri itu di mahkamah  adalah tanda demokrasi yang masih berfungsi.

Beliau menegaskan yang David Cameron, ketika ia masih menjadi perdana menteri Britain, dipersoalkan sebagai sebahagian daripada siasatan awam terhadap etika akhbar pada 2012, dan Dominique de Villepin Perancis juga muncul di mahkamah pada 2006 ketika memegang jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun, Jose Luis Abalos, seorang pemimpin Parti Sosialis Sepanyol, menjawab ia tidak “memberi Sepanyol gambaran yang baik”. – AFP, 25 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen