JUMLAH korban kematian akibat gelombang haba di Sepanyol meningkat kepada sembilan orang dalam tempoh seminggu, kata pihak berkuasa pada Selasa.
Seorang lelaki berusia 66 tahun yang meninggal dunia pada Khamis di wilayah barat daya Extremadura berhampiran Portugal didapati mengalami strok panas, kata jurucakap jabatan kesihatan serantau kepada AFP.
Seorang wanita berusia 75 tahun yang meninggal dunia dua hari kemudian juga mengalami strok haba, katanya.
Ini menjadikan sembilan orang maut akibat langsung daripada gelombang panas.
Seorang lelaki Jerman berusia 40 tahun juga meninggal dunia akibat serangan strok haba di Extremadura, sama seperti seorang lagi mangsa berusia 81 tahun.
Sebahagian wilayah mencatatkan suhu sehingga 46 darjah Celcius (115 darjah Fahrenheit) pada hujung minggu.
Di bahagian timur laut di Catalonia, tiga lelaki gelandangan turut menjad korban.
Dua lelaki lain - seorang pekerja jalan raya berusia 40-an dan seorang pesara berusia 78 tahun yang sedang berkebun - juga meninggal dunia akibat strok haba minggu lalu. – AFP, 7 Ogos, 2018.
Komen