.jpg)
JALAN-JALAN sibuk di Kuala Lumpur tapi ruang pejabat makin sunyi. Menjelang 2021, ada jangkaan menyebut satu daripada setiap tiga ruang pejabat akan menjadi kosong tanpa penyewa.
Di waktu ini juga orang sibuk bercakap tentang “gig economy”. Pekerja dalam “gig economy” ini bekerja sendiri atau “freelance” yang tidak menjadi kakitangan mana-mana syarikat.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun lalu umum, jumlah pekerja Malaysia dalam “gig economy” ini berkembang 31%.
Golongan ini bekerja di rumah, atau di mana-mana sahaja yang membolehkan mereka berhubung dengan pelanggan dan berkarya.
Paling elok tentulah ruang kerja sendiri, tetapi pekerja sendiri ini kebanyakannya tidak mampu dan tidak perlu menyewa ruang pejabat.
Sekarang sudah ada pengusaha yang membuka ruang kerja santai dengan jenama coworking space untuk pengkarya dalam “gig economy” ini.
Tapi jika diperhatikan, banyak pengusaha “coworking space” ini cuba pasarkan perkhidmatan dan ruang mereka dengan harga mahal.
Pengusaha swasta dan kerajaan patut melihat peluang untuk menyediakan ruang kos rendah kepada golongan pengkarya dalam “gig economy”.
Selain dapat mengelakkan ruang pejabat menjadi kosong tanpa hasil, ia akan dapat membantu perniagaan usahawan sekitarnya.
Sumbangan golongan kreatif, rajin dan mandiri dalam komuniti ini pasti akan dapat dimanfaatkan. – 7 Ogos, 2018.
* Muhammad Abdullah adalah pembaca The Malaysian Insight.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen