KAPAL layar mewah The Equanimity selamat berlabuh di terminal kapal peranginan Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang.
Kapal yang dibawa oleh pasukan polis Indonesia dengan diiringi polis marin Malaysia itu melabuhkan sauh pada kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Sepasukan penyiasat khas melibatkan polis marin dan tentera laut Malaysia dilihat menaiki kapal bernilai RM1 bilion berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.
Difahamkan, pasukan penyiasat akan mengambil masa lebih satu jam untuk melakukan pemeriksaan sulung ke atas kapal layar tersebut. – 7 Ogos, 2018.
MENYUSUL

Komen