Brazil tutup sempadan kepada warga Venezuela


Kebanjiran rakyat Venezuela ke Brasil memaksa mahkamah negara itu menghalang kemasukan tambahan sebelum langkah diambil bagi meredakan kesan ke atas ekonomi dan sosial Brazil. – Gambar EPA, 7 Ogos, 2018.

BRAZIL menutup sempadan utaranya kepada rakyat Venezuela pada Isnin selepas migrasi besar-besaran berperingkat berlaku dari negara Selatan Amerika yang kini bergelut dengan krisis ekonomi dan politik, kata polis.

Langkah itu diambil selepas keputusan hakim persekutuan pada Ahad yang menghalang kemasukan lebih ramai rakyat Venezuela sehingga jumlah pendatang yang ramai dari negara runtuh ekonomi itu dipindahkan ke kawasan lain di Brazil.

Sempadan itu masih dibuka kepada rakyat Brazil dan warganegara lain, serta warga Venezuela yang mahu kembali ke negara mereka, kata pegawai.

Pintu masuk utama itu menyaksikan puluhan ribu rakyat Venezuela melaluinya, kemasukan terbesar yang meningkat sejak dua tahun lepas.

Walaupun penangguhan itu tiada had masa, pentadbiran Brazil sedang berusaha membatalkan atau menangguhkan keputusan itu.

Presiden Michel Temer menentang penutupan sempadan itu, kata Menteri Hak Asasi Gustavo Rocha dipetik berkata Agencia Brasil.

Boa Vista, ibu negeri Roraima menampung jumlah pendatang Venezuela terbesar di negara itu- sekitar 25,000 daripada jumlah keseluruhan 330,000 setinggan di bandarnya.

Dianggarkan hampir 500 warga Venezuela melintas sempadan masuk ke Brazil setiap hari.

Gabenor Romanio Suely Campos mengalu-alukan keputusan hakim persekutuan.

“Kami telah meminta Mahkamah Persekutuan sejak Mei lalu untuk tutup sempadan, serta bantuan kewangan bagi meminimumkan kesannya kepada perkhidmatan awam kami,” kata Campos dalam satu kenyataan. – AFP, 7 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen