Imran Khan dicalonkan sebagai perdana menteri Pakistan


Jawatankuasa Parlimen Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pada Isnin telah menerima pakai satu resolusi secara sebulat suara dengan mencalonkan pengerusi parti itu, Imran Khan, sebagai pemimpin dan calon mereka bagi jawatan perdana menteri.– Gambar EPA, 6 Ogos, 2018.

JAWATANKUASA Parlimen Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pada Isnin telah menerima pakai satu resolusi secara sebulat suara dengan mencalonkan pengerusi parti itu, Imran Khan, sebagai pemimpin dan calon mereka bagi jawatan perdana menteri.

Associated Press of Pakistan (APP) melaporkan bahawa resolusi itu telah dikemukakan oleh Naib Pengerusi PTI, Shah Mehmood Qureshi, dalam mesyuarat sulung Jawatankuasa Parlimen parti tersebut di sebuah hotel tempatan di Islamabad.

Semua ahli PTI dalam Dewan Negara yang baharu dilantik kemudian berdiri sambil memberikan tepuk sanjungan kepada Imran Khan selepas beliau dicalonkan sebagai pemimpin parlimen parti itu.

Terdahulu, mereka turut mendoakan pejuang semua parti politik terutama PTI yang maut dan menjadi sasaran pengganas ketika kempen pilihan raya.– Bernama, 6 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen