SERANGAN berterusan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terhadap Dr Mahathir Mohammad dan Anwar Ibrahim membuktikan parti itu dan gabungannya Barisan Nasional (BN) dalam ketakutan.
Persefahaman yang dicapai Pakatan Harapan (PH) menerusi gandingan Anwar dan Dr Mahathir melambangkan komitmen mereka untuk menyelamatkan Malaysia dan memberi harapan baru kepada negara.
Ketika rakyat dibebankan dengan ekonomi bermasalah, institusi negara punah dan rasuah berleluasa, penyatuan ini amat bermakna.
Sejarah membuktikan perubahan baru dicapai apabila tokoh negara meletakkan perbezaan ke tepi dan mengutamakan kepentingan rakyat. Kita tidak boleh menolak sesiapa yang sanggup menerima agenda reformasi dan perubahan ke arah kebaikan untuk rakyat.
Yang pastinya, obsesi Khairy terhadap Dr Mahathir-Anwar menunjukkan beliau dan rakan pemimpin Umno-BN berada dalam ketakutan. Mereka takut kerana tahu rekonsiliasi selepas hampir dua dekad ini akan menumbangkan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Jika gandingan Anwar-Dr Mahathir memberi harapan kepada negara, Perdana Menteri Najib Razak dan orang kanannya yang paling setia, Khairy pula melambangkan kerosakan dialami negara serta beban yang ditanggung rakyat. – 25 Julai, 2017.
* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah ketua Pemuda PKR.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen