SEKURANG-kurangnya 20 orang cedera dalam kebakaran yang berlaku susulan satu insiden nahas jalan raya di daerah Borgo Panigale dalam bandaraya Bologna di Itali pada Isnin, kata sumber.
Sesetengah mangsa cedera akibat terkena serpihan objek yang melayang kerana kebakaran itu turut menyebabkan beberapa letupan berlaku, lapor agensi berita Itali ANSA.
Kira-kira 10 kereta dipercayai meletup.
Tingkap beberapa buah rumah di kawasan itu turut pecah.
Kepanasan melampau akibat kebakaran menyebabkan anggota bomba berdepan kesukaran untuk memadamkan api, menurut sumber.– Bernama, 6 Ogos, 2018.
Komen