PENGGUNAAN teknologi dan kecerdasan buatan Singapura mampu mendorong peningkatan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu kepada 5.4% dalam tempoh 18 tahun dan menambah produktiviti buruh dengan ketara, demikian menurut laporan Bloomberg hari ini.
Memetik laporan oleh syarikat perundingan Accenture, amalan kecerdasan buatan mampu menggandakan kadar pertumbuhan tahunan Singapura, peningkatan terbesar di kalangan 33 negara yang dikaji dan menghasilkan tambahan sebanyak AS$215 bilion (RM925 bilion) bagi tambah nilai kasar (GVA).
Ia juga akan membantu negara itu menangani masalah penuaan di kalangan penduduknya dan membolehkan pekerja memberi tumpuan kepada inovasi, kata laporan itu.
Di antara inovasi yang diterima pakai adalah bas dan teksi tanpa pemandu hinggalah kepada robot yang membantu orang tua bersenam. – 25 Julai, 2017.
Komen