KERAJAAN Greek telah melantik beberapa ketua perkhidmatan kecemasan utama yang baharu sebagai respons kepada pengurusan kontroversi dalam tragedi kebakaran maut bulan lepas berhampiran Athens, lapor agensi berita Itali ANSAmed memetik kenyataan pejabat Perdana Menteri Alexis Tsipras pada Isnin.
Timbalan ketua polis dan jabatan bomba turut diganti.
Keputusan itu dibuat dua hari selepas peletakan jawatan Menteri Perlindungan Awam, Nikos Toskas.
Kerajaan Greek berdepan kritikan hebat disebabkan responsnya dalam insiden kebakaran yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 90 orang.
Angin kencang terus memarakkan lagi api sehingga menyelubungi semenanjung Attica dengan pusat peranginan pelancong Mati muncul sebagai antara kawasan paling teruk terjejas.
Menurut BBC, beberapa pakar menonjolkan kesilapan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguruskan kecemasan.
Mereka dilapor telah mengarahkan pemandu ke kawasan di mana kebakaran sedang marak dan tidak memberi amaran kepada penduduk serta pelancong tepat pada waktunya bagi membolehkan mereka menyelamatkan diri.– Bernama, 6 Ogos, 2018.
Komen