Zuraida nafi Pakatan terlibat dengan badan pemikir Republikan AS


Yasmin Ramlan Melati A. Jalil

PAKATAN Harapan (PH) tidak pernah bekerjasama dengan badan pemikir parti Republikan yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), International Republican Institute (IRI), untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional, kata seorang menteri kerajaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, yang juga ketua wanita PKR, berkata beliau hanya tahu IRI adalah kumpulan pendesak yang memberi tumpuan kepada program pembinaan keupayaan.

“Jika anda merujuk kepada IRI yang datang ke Malaysia untuk program kepimpinan dan perkara-perkara lain, saya tidak fikir dakwaan itu betul.

“Tidak ada yang terlibat dalam pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya sama ada PH termasuk parti komponennya pernah bekerjasama dengan IRI sejak 2002. – 6 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen