PAS akan putuskan calon PRK Seri Setia Sabtu ini


Melati A. Jalil

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man juga menjelaskan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno hanyalah dalam konteks PRK Seri Setia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2018.

PAS akan mengadakan mesyuarat Sabtu ini untuk memutuskan siapakah yang akan diletakkan sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno hanyalah dalam konteks PRK ini.

Ini susulan Umno memutuskan untuk tidak bertanding di PRK Seri Setia selepas PAS memberi laluan kepada parti Melayu itu bertanding pada PRK Sungai Kandis.

“Parti kami akan bermesyuarat Sabtu ini bagi mempertimbangkan cadangan itu (oleh Umno).

“Ikut prinsip, kami mungkin akan bertanding, PAS akan letak calon,” beliau memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata PAS akan menerima bantuan daripada sesiapa sahaja bagi menghadapi PRK Seri Setia.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Ismail Sabri Yaakob bahawa jentera dari kesemua 22 bahagian parti di negeri itu akan digerakkan untuk membantu PAS dalam PRK Seri Setia. – 6 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen