AS akan laksana sekatan terhadap Iran


Iran berdepan tekanan selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dan mengenakan semula sekaytan terhadap banyak sektor yang dijangka bakal menjejaskan ekonomi negara itu. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2018.

SETIAUSAHA Negara AS Mike Pompeo berikrar yang Amerika Syarikat akan “melaksanakan sekatan” dikenakan ke atas Iran selepas Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015.

Setakat jam 0401 GMT Selasa, kerajaan Iran tidak lagi boleh membeli mata wang AS dan sekatan luas akan dikenakan ke atas industri Iran termasuklah eksport permaidaninya.

Ditanya jika Tehran boleh mengelak daripada sekatan itu, Pompoe memberitahu wartawan yang “Amerika Syarikat akan terus laksanakan sekatan,” katanya dalam perjalanan pulang ek Washington selepas menghadiri forum keselamatan di Singapura.

Pompeo berkata rakyat Iran “sendiri tidak gembira dengan kegagalan pemimpin mereka untuk memenuhi janji ekonomi yang diberikan.”

“Rakyat Iran tak gembira, bukan dengan Amerika tetapi dengan pemimpin mereka sendiri,” katanya.

AS menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 pada Mei lalu dan mengenakan semula sekatan maksimum kepada banyak sektor bermula 6 Ogos, sektor tenaga bakal berdepan sekatan bermula 4 November. – AFP, 6 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen