Lima cedera dalam serangan di Switzerland


Polis Switzerland mengesahkan ada serangan tetapi tidak mengatakan senjata yang digunakan. – Gambar AFP, 24 Julai, 2017.

SEORANG lelaki bersenjatakan gergaji elektrik mencederakan sekurang-kurangnya lima orang dalam serangan di sebuah bandar di Switzerland hari ini, lapor media tempatan.

Laman sesawang Blick mengatakan polis, ambulan dan helikopter dikejarkan ke tempat kejadian di Schaffhausen dan menutup kawasan itu.

Saksi, termasuk seorang pengurus kedai memberitahu Blick yang penyerang itu menggunakan gergagi elektrik dan semua kedai serta laluan pejalan kaki sudah dikosongkan.

Polis mengatakan yang berlakunya serangan tetapi tidak mengesahkan gergaji elektrik digunakan. – AFP, 24 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen