Arab Saudi usir duta Kanada


Arab Saudi mengusir duta Kanada, memanggil balik dutanya dan membekukan hubungan perniagaan dengan negara itu selepas Kedutaaan Kanada di Riyadh mendesak pembebasan aktivis hak asasi yang dipenjarakan. – Gambar AFP, 6 Ogos, 2018.

ARAB Saudi pada Isnin mengumumkan ia mengusir duta Kanada dan memanggil pulang dutanya serta membekukan hubungan perniagaan dengan Ottawa, kerana “campur tangan” dalam urusan dalam negaranya.

“Arab Saudi…tidak akan menerima campur tangan luar dalam urusan dalam negaranya,” kata Kementerian Luar selepas Kedutaan Kanada di Riyadh mendesak pembebasan aktivis hak asasi yang dipenjarakan. – AFP, 6 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen