Gempa kuat landa Lombok


Gempa bumi pernah melanda Lombok, Indonesia pada 29 Julai lalu yang menyebabkan 10 orang terbunuh. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2018.

GEMPA bumi bermagnitud 7 pada skala richter menggegarkan Pulau Lombok hari ini.

Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, gempa itu berlaku di 27 km Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat pada jam 6.46 petang waktu tempatan.

“Gempa itu berpotensi tsunami,” katanya dalam satu kenyataan.

Gegaran kuat seminggu lalu mengorbankan seorang pendaki Malaysia dalam kejadian di Gunung Rinjani. – Bernama, 4 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen