MESIR hari ini mendedahkan yang tenteranya membunuh 52 militan di Semenanjung Sinai, sejak beberapa hari lepas.
Tentera Mesir menjalankan operasi yang dinamakan “Sinai 2018” pada Februari bagi menghapuskan pergerakan militan di daerah tersebut.
“Sejak beberapa hari lepas, operasi tersebut telah membawa kepada… penghapusan 52 individu takfiri berbahaya,” kata tentera dalam kenyataan merujuk kepada puak ekstremis Islam.
49 militan ditahan dalam operasi serbuan bersama yang dijalankan tentera dan polis di utara Sinai serta pusat bandar semenanjung itu, kata kenyataan itu lagi.
Lebih 250 militan dan sekurang-kurangnya 30 tentera maut sejak operasi itu dilancarkan.
Militan melancarkan pemberontakan di Sinai selepas peristiwa pihak tentera menggulingkan bekas presiden Mesir Mohamed Morsi pada 2013.– AFP, 5 Ogos, 2018.
Komen