Ribuan ibu di Filipina menyusukan anak mereka di sebuah stadium pada Ahad, bagi menggalakkan para ibu memberikan susu badan kepada bayi mereka berbanding susu formula.
Kira-kira 1,500 ibu duduk di atas lantai stadium Manila dan menyusukan anak mereka.
“Menyusu anak menunjukkan kasih sayang. Ia sukar, tetapi kami lakukannya kerana sayang,” kata Abegirl Limjap, 38.
Acara tahunan itu diadakan untuk menarik sokongan orang ramai terhadap kempen yang dijalankan kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai ibu memberikan susu badan berbanding susu formula kepada anak mereka, kata penganjur Rose Padua kepada AFP.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengesyorkan ibu supaya memberikan susu badan kepada anak mereka sehingga bayi tersebut mencecah usia enam bulan.
Bagaimanpun, di seluruh dunia, tiga daripada lima bayi tidak diberikan susu badan, menyebabkan mereka mengalami risiko kematian dan penyakit.– AFP, 5 Ogos, 2018.
Komen