Sekatan Orang Asli Gua Musang dimusnah sekumpulan lelaki 


Sheridan Mahavera

Orang Asli membina sekatan bagi menghalang syarikat peladangan dan pembalakan menceroboh kawasan yang didakwa sebagai tanah adat mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2018

SEKATAN yang dibuat oleh Orang Asli di Gua Musang dimusnahkan oleh beberapa individu yang didakwa mempunyai kaitan syarikat penanaman durian, dua hari selepas timbalan menteri Sivarasa Rasiah menyatakan sokongannya terhadap komuniti itu. 

Aktivis Orang Asli Pos Simpor Nur Mohd Syafiq Dendi Abdullah berkata sekumpulan lelaki tiba dengan jentera berat di sekatan di Kaleg, hutan simpan Ulu Kelantan kira-kira jam 6 petang. 

Tanpa sebarang amaran, kumpulan terbabit mengeluarkan gergaji rantai dan terus memotong sekatan kayu dan buluh yang dibentangkan di tengah jalan tanah merah yang menghubungkan Gua Musang dengan enam perkampungan Orang Asli. 

Jalan itu juga membawa kepada 400 hektar ladang durian dan balak klon. Orang Asli mengekalkan sekatan selama lima bulan di laluan itu bagi menghalang operasi perladangan yang didakwa mereka dibuat di atas tanah adat. 

“Mereka memotong sekatan dan memusnahkan pondok pengawal di sebelahnya. Mereka kemudian memandu kenderaan mereka ke ladang itu. Sekatan teah musnah.

“Ia berlaku sangat pantas. Nasib baik tiada siapa di antara kami dicederakan,” kata Dendi kepada The Malaysian Insight. – 4 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen