SERAMAI 18 orang terbunuh apabila sebuah helikopter Rusia yang dalam perjalanan ke pelantar minyak terhempas di utara Siberia pada awal pagi Sabtu.
Kementerian Pengangkutan Rusia berkata helikopter Mi-8 yang membawa tiga anak kapal dan 15 penumpang terhempas apabila ia terlanggar jentera yang dibawa oleh sebuah helikopter lain sejurus selepas berlepas.
Ia menambah helikopter kedua mendarat dengan selamat dan kemalangan itu berlaku dalam keadaan cuaca yang “biasa”. – AFP, 4 Ogos, 2018.
Komen