SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo menggesa supaya tekanan ke atas Korea Utara dikekalkan kerana Pyongyang dilihat lambat mengambil tindakan terhadap penyahnuklearan.
Menjelang forum keselamatan di Singapura, Pompeo mahu “tekanan diplomatik dan ekonomi” diteruskan ke atas Pyongyang.
Meskipun rakan sejawat beliau dari Korea Utara, Ri Yong Ho, juga berada di Singapura bagi menghadiri Forum Serantau Asean (ARF) Ke-25, namun Pompeo berkata beliau masih belum bertemu Yong Ho di luar perhimpunan itu.
Pada sidang kemuncak dengan Presiden AS Donald Trump pada Jun, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menandatangani satu perjanjian tidak jelas untuk “penyahnuklearan Semenanjung Korea”.
Walaupun terdapat sedikit tanda kemajuan sejak sidang kemuncak tersebut, terdapat laporan mengatakan Pyongyang masih terus membina roket dan terdapat kebimbangan bahawa beberapa negara anggota sedang meredakan penguatkuasaan sekatan AS terhadap Korea Utara. – AFP, 4 Ogos, 2018.
Komen