PESARA polis yang diburu kerana membunuh bekas doktor kepada bekas presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush membunuh diri semalam.
Pakar bedah jantung Mark Hausknecht mati ditembak oleh Joseph James Pappas dua minggu lalu dan polis percaya ia adalah berpunca daripada dendam selama 20 tahun.
Pakar kardiologi di Hospital Houston Methodist dan berusia 65 tahun itu pernah merawat Bush pada 2000. Lebih dua dekad lalu juga beliau juga pernah merawat ibu Pappa. Ibu pesara polis itu meninggal dunia ketika dalam rawatan.
Menurut polis, itu sahaja kaitan antara kedua-dua lelaki berkenaan yang dapat menjelaskan punca pembunuhan tersebut.
Ketua polis Housto berkata Pappa membunuh diri ketika berdepan dengan dua pegawai polis semalam.
Berdasarkan rakaman CCTV, polis percaya Pappa yang berbasikal mengekori Hausknecht yang juga sedang berbasikal ke tempat kerja. Pappa kemudian memintas Hausknecht lalu melepaskan dua das tembakan ke arah doktor itu.
Hausknecht bekerja di kampus Texas Medical Centre, iaitu sebuah kompleks yang terdiri daripada pelbagai hospital. – AFP, 4 Ogos, 2018.
Komen