Dua maut akibat gelombang haba di Eropah 


Masyarakat di Eropah menghabiskan cuti musim panas mereka di kawasan tasik dan air terjun bagi mengelakkan cuaca panas dan menyejukkan badan berikutan gelombang haba yang melanda di beberapa negara. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2018

DUA lelaki dilaporkan maut akibat strok haba di Sepanyol dan Eropah yang kini dilanda gelombang haba.

Suhu di kawasan itu direkodkan mencecah 45 darjah selsius di beberapa tempat menurut ahli meteorologi.

Bacaan suhu paling tinggi yang pernah direkodkan di Eropah adalah di Athen, Greek iaitu pada 48 darjah pada 1977, diikuti 47.3 di Amareleja, Portugal pada 2003 dan di Montoro, Sepanyol tahun lalu. – AFP, 3 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen