Mogok juruterbang Ryanair masuki hari keempat


Mogok yang dilancarkan juruterbang syarikat penerbangan berkenaan menyebabkan gangguan penerbangan di Eropah yang menjejaskan 3,500 penumpang. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2018

MOGOK yang dilancarkan juruterbang syarikat penerbangan Ryanair masuki hari keempat hari ini, menyebabkan gangguan kepada penerbangan di Eropah. 

Syarikat penerbangan berkenaan terpaksa membatalkan 20 daripada 300 penerbangan yang dijadualkan sekaligus menjejaskan lebih 3,500 orang penumpang. 

Juruterbang syarikat dari Ireland itu mengambil tindakan berkenaan sejak tiga hari lalu bagi menuntut keadaan kerja yang lebih baik. 

Bagaimanapun, timbul pertikaian apabila Ryanair minggu lalu mengumumkan rancangannya untuk memindahkan pesawat dari Dublin ke Poland, yang menyebabkan 300 pekerjaan hilang, termasuk 100 juruterbang. 

Pada Khamis, polis memberi amaran akan berlaku mogok hari kelima pada 10 Ogos, yang mana juruterbang syarikat berkenaan di Belgium dan Sweden turut melancarkan mogok.

Juruterbang syarikat itu di Jerman dan Belanda turut mempertimbangkan untuk turut serta. – AFP, 3 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen