TIGA terbunuh dan seorang cedera parah dalam insiden letupan di loji hidroelektrik di Bihac, 310 kilometer barat laut Sarajevo, di ibu negara Bosnia dan Herzegovina.
Menurut jurucakap hal ehwal dalam negeri di jabatan Una Sana, Adnan Beganovic, letupan di loji Una-Kostela akibat kebocoran gas, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.
Polis Bihac dimaklumkan mengenai insiden itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan pada pukul 1 petang waktu tempatan (11.00 GMT).
Kebocoran gas berlaku ketika para pekerja sedang menjalankan kerja baik pulih.
Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital dan dilaporkan kritikal. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. – Bernama, 3 Ogos, 2018.
Komen