Panama tubuh skuad polis khas tangani keganasan domestik


Terdapat lebih 63,000 kes keganasan rumah tangga di Panama direkodkan sejak 2015, dengan kebanyakannya wanita menjadi mangsa. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2018.

POLIS Panama menubuhkan satu unit baharu khas untuk menangani kes keganasan rumah tangga terhadap wanita di seluruh negara itu, di mana merekodkan ribuan kes sejak akhir-akhir ini.

Skuad dengan 200 pegawai itu dilatih secara khas untuk bertindak terhadap jenayah berasaskan jantinan itu dan membuat laporan yang tepat untuk mengelak si pelaku terlepas daripada hukuman akibat kesilapan teknikal, kata Timbalan Pengarah Polis Jacinto Gomez.

Institut Wanita Negara (INAMU) berkata skuad baharu itu juga akan menyediakan perlindungan untuk pekerja sosial yang kadangkala diserang ketika mereka cuba membantu wanita yang menjadi mangsa keganasan.

Menurut pendakwa raya Panama, terdapat lebih 63,000 kes keganasan rumah tangga di negara itu direkodkan sejak 2015, dengan kebanyakannya wanita menjadi mangsa.

Terdapat juga 72 kes wanita dibunuh dalam tempoh itu, dan 37 kes cubaan membunuh. – AFP, 3 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen