Khairy mahu pengundi Sungai Kandis hukum Pakatan kerana gagal tunai janji


Gan Pei Ling

Khairy Jamaluddin (tengah) menggesa pengundi Sungai Kandis memilih calon BN untuk menambah bilangan wakil pembangkang di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2018.018.

KHAIRY Jamaluddin mahu pengundi Sungai Kandis memberi pengajaran kepada Pakatan Harapan (PH) kerana tidak dapat memenuhi janji 100 hari yang dibuat.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata pengundi di seluruh negara, termasuk Sungai Kandis, terpengaruh dengan janji manis PH.

“Ia menjanjika kehidupan yang lebih baik, kos sara hidup yang rendah, perkhidmatan percuma, harga bahan api, makanan dan barang yang rendah, yang mereka boleh tunaikan dalam 100 hari.

“Berapa banyak hari lagi tinggal? Adakah anda berasa lebih baik? Adakah kos sara hidup turun? Adakah harga barang turun? Adakah tol dihapuskan? Adakah harga bahan api turun dan PTPTN (hutang) dihapuskan?” kata Khairy kepada kira-kira 300 orang yang hadir di Taman Sri Andalas malam tadi.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata PH tidak boleh menyalahkan hutang negara kerana gagal memenuhi janji pilihan raya.

“(Anda) perlu menuntut agar mereka memenuhi janji mereka dengan mengundi Lokman Adam,” katanya.

Beliau berkata dengan hanya empat wakil rakyat Umno dan seorang wakil PAS dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, Lokman akan menjadi suara pembangkang yang kuat di dalam Dewan.

“(Dari Sungai Kandis), ke Balakong dan Seri Setia, kita mesti meningkatkan jumlah wakil pembangkang di Selangor,” kata Khairy.

Selepas kematian tiga wakil rakyat PH, gabungan itu kini mempunyai 48 kerusi di Selangor.

Adun Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei (PKR) dan Adun Seri Setia Prof Dr Shaharuddin Badaruddin (PKR) meninggal dunia akibat kanser manakala Adun Balakong Ng Tien Chee (DAP) terbunuh dalam kemalangan kereta pada 20 Julai lalu. – 3 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • banyak sangat yang ditinggalkan kepada ph.. bukan senang untuk memperbetulkan balik semua yang dah hampir rosak..bagi ruang dan masa kepada kerajaan baru untuk tunaikan janji.. tapi kalau lihat ada banyak jugak perubahan yang ph dah lakukan sepanjang memerintah

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Aleeya sya · Ulasan

  • If barison nasional gets country s like tihis time ....their aslo cannot fullfill the promises because damage is very huge...and one moe thing we as a voters actually done care about PH promises. ..what we want is to stop BN and cronies kleptomaniac.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Noor azniza Zakaria Noor · Ulasan

  • Begitulah perangai orang2 UMNO. Mereka buat hutang berlambak, menyebabkan kos hidup tinggi, dan macam2 lagi beban yg rakyat terpaksa tanggung, kemudian bagi PAKATAN utk selesaikan. Bertahun-tahun BN menjahanamkan negara, sekarang mengharapkan PAKATAN selesaikan dalam masa 100 hari! Banyak cantik! Rakyat harus terus tolak BN dan jangan bagi peluang langsung, nanti negara akan tergadai kalau terus dibiarkan.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Leng Kapri As Saribasi · Ulasan