BN tiru slogan reformasi PKR 'lawan tetap lawan'


Gan Pei Ling

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata akan tetap berjuang demi parti walaupun berdepan risiko ditangkap. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2018.

SLOGAN reformasi popular PKR “lawan tetap lawan” menjadi laungan di ceramah Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berseloroh mengikut kata-kata bekas pemimpin PKR, Gobalakrishnan semasa ucapannya.

“Saya tidak pernah masuk lokap seperti (bekas tahanan ISA N.) Gobalakrishnan tetapi kami tidak tahu esok mungkin saya akan mendapat latihan.

“Tapi kita akan berjuang. Lokap atau tidak, lawan tetap lawan,” kata ahli Parlimen Ketereh itu yang menerima tepukan daripada kira-kira 300 penonton di Taman Sri Andalas.

Terdahulu, Gobalakrishnan menceritakan beliau ditahan di bawah ISA dengan calon BN Sungai Kandis BN, Lokman Noor Adam ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri buat kali pertama.

“Saya memanggilnya (Dr Mahathir) mahazalim dan mahafiraun di ceramah malam tadi, petang ini saya terima panggilan daripada SB (cawangan khas).

“Kami tidak takut kepada sesiapa. Kami akan melawan. Lawan tetap lawan,” kata bekas ahli politik PKR itu yang menyertai semula MIC.

Beliau berkata Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang kejam manakala bekas perdana menteri Najib Razak “adalah anugerah kepada Malaysia”.

“Apabila saya bertanya kepada Pekan (Najib) di Dewan Rakyat kenapa sekolah Tamil tidak diberi peruntukan pada 2009? Dua hari kemudian, seorang pegawai dihantar untuk menjelaskan kepada saya yang RM100 juta sudah diperuntukkan untuk sekolah Tamil dalam bajet,” kata Gobalakrishnan .

DVD dan CD mengenai Najib diedarkan kepada khalayak semasa ceramah.

Lokman, bekas pembantu Najib dan bekas pengarah komunikasi strategik di Kementerian Kewangan, menentang Ahmad Mughni daripada PKR dan calon bebas K Murthy pada PRK Sungai Kandis esok. – 3 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • cara pemerintahan seseorang berbeza sama juga dengan pemikiran, x usah nak memburuk-burukan sesiapa..apa yang berlaku dijadikan iktibar untuk kita,

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Aleeya sya · Ulasan

  • lawan dengan cara yang sihat bukan dengan kutukan atau mencari salah sesiapa,

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Aleeya sya · Ulasan