TIGA warga asing, termasuk rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh selepas diculik di Kabul, Afghanistan pada Khamis, lapor Xinhua, memetik media tempatan.
“Tiga warga asing yang bekerja di Kabul dibunuh oleh lelaki bersenjata tidak dikenali pada pagi Khamis,” lapor saluran televisyen Tolo News.
Menurut laporan mangsa termasuk seorang warga India, Malaysia dan Macedonia, yang bekerja dengan sebuah syarikat. Bagaimanapun, polis belum membuat sebarang kenyataan berhubung laporan itu.
Sementara itu, Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah di laman Twitternya berkata, kementerian sedang meneliti laporan tersebut.
“Wisma Putra sedang meneliti. Kenyataan akan dikeluarkan secepat mungkin,” katanya menerusi Twitternya apabila diminta mengesahkan laporan tersebut oleh pengguna lain.– Bernama, 2 Ogos, 2018.
Komen