Perkhidmatan kereta api wilayah Sichuan tergendala akibat banjir lumpur


Kejadian banjir lumpur menyebabkan perkhidmatan di sepanjang laluan kereta api di wilayah barat daya Sichuan pada Khamis terjejas.– Gambar AFP, 2 Ogos, 2018.

KEJADIAN banjir lumpur menyebabkan perkhidmatan di sepanjang laluan kereta api di wilayah barat daya Sichuan pada Khamis terjejas, lapor agensi berita Xinhua memetik China Railway Chengdu Group.

Banjir lumpur itu yang disebabkan hujan berterusan di daerah Yuexi dan wilayah autonomi Liangshan Yi, mengakibatkan beberapa perkhidmatan kereta api Chengdu-Kunming digantung sementara.– Bernama, 2 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen