PM Kemboja selar kegagalan kempen boikot pilihan raya 


Perdana Menteri Kemboja Hun Sen ketika membuang undi pada pilihan raya umum Kemboja yang diadakan Ahad lalu. Hun Sen menang tanpa bertanding selepas pembangkang memboikot pilihan raya negara itu.– Gambar EPA, 2 Ogos, 2018

PERDANA Menteri Kemboja Hun Sen berkata gesaan pembangkang untuk memboikot pilihan raya gagal selepas beliau meraikan kejayaan selepas menang tanpa bertanding ketika berucap di hadapan ribuan pekerja kilang pakaian pada Khamis. 

Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang diterajui Hun Sen memenangi kesemua 125 kerusi Parlimen negara itu sekaligus menyaksikan pemimpin negara itu meneruskan pentadbiran kerajaan yang diterajuinya selama 33 tahun. 

Kemenangan itu juga sekaligus meletakkan status negara itu sebagai negara yang memiliki sebuah parti. 

Tokoh pembangkang negara itu menggesa pilihan raya diboikot menerusi kempen “tidur di rumah” atau “jari bersih” selepas pesaing rapat parti CPP, Parti Selamatkan Kemboja Kebangsaan (CNRP), dibubarkan tahun lalu dan dihalang daripada bertanding. 

“Kempen tidur di rumah telah gagal. Lebih 82% daripada rakyat Kemboja di seluruh negara keluar mengundi, I amenunjukkan rakyat Kemboja menyokong proses demokrasi,” katanya di hadapan lebih 14,000 pekerja ketika kali pertama berucap selepas memenangi pilihan raya itu. 

“Ianya jelas perdana menteri bagi kerajaan yang baharu di masa hadapan adalah..Hun Sen sekali lagi,” katanya. 

Beliau juga berkata parlimen baharu kemboja akan bersidang pada 19 September dan kerajaan baharu akan dibentuk sehari selepas itu. 

Kira-kira 6.9 juta rakyat negara itu keluar mengundi pada pilihan raya umum yang diadakan Ahad lalu, namun hampir 600,000 undi rosak, menandakan ramai pengundi yang tidak gembira. – AFP, 2 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen