LIGA Arab hari ini menuduh Israel “bermain dengan api” susulan sekatan keselamatan terbaru di kawasan suci Jerusalem.
“Jerusalem ialah kawasan merah,” kata ketuanya Ahmed Abul Gheir dalam satu kenyataan hari ini, menambah yang “tiada Arab atau orang Islam yang akan menerima pelanggaran” terhadap tapak suci agama itu.
Pertempuran sengit berlaku di Jerusalam sejak pihak pihak berkuasa meletakkan pengesanan besi di pintu masuk Haram al-Sharif, selepas serangan pada pertengahan bulan Jun lepas yang membunuh dua anggota polis.
Palestin melihat tindakan itu sebagai cubaan Israel untuk mengawal kawasan itu, tempay ketiga suci orang Islam dan berhagra untuk Judaism.
Abul Gheir menuduh tindakan Israel itu boleh mencetuskan krisis antara Arab dan dunia Islam.
Kawasan itu yang didalamnya terletak masjid Al-Aqsa dan “Dome of the Rock” yang merupakan titik ketegangan antara Israel dan Palestin berdekad lamanya. – AFP, 23 Julai, 2017.
Komen