Polis tiada bantahan penubuhan IPCMC


Alfian Z.M. Tahir

Ketua Polis Negara kata Mohamad Fuzi Harun berkata pihak sudah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan sebelum suruhanjaya itu ditubuhkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Ogos, 2018.

POLIS tidak membantah pembentukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk dipertimbangkan, kata Mohamad Fuzi Harun.

Ketua polis negara itu berkata pihaknya sudah membincangkan perkara itu dengan Putrajaya tetapi menegaskan terdapat beberapa isu utama yang perlu ditangani oleh kerajaan sebelum menubuhkan suruhanjaya itu.

“Kami tidak membantah pembentukan IPMCM, malah kami telah menghantar cadangan kepada kerajaan, tetapi ada beberapa kebimbangan daripada pihak polis dan ia harus ditangani terlebih dahulu sebelum suruhanjaya itu boleh ditubuhkan.”

“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan kami dan perkara yang kami ajukan,” kata Fuzi selepas seminar bersama mengenai hak asasi manusia dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Perubahan pendirian Fuzi berlawanan dengan sebelum ini apabila pihak polis menentang sebarang usaha untuk membentuk IPCMC. – 2 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen