Israel sekat bekalan bahan api ke Gaza


Seorang rakyat Palestin menyediakan layang-layang yang membawa bahan mudah terbakar sebelum ia dilancarkan ke Israel. – Gambar AFP, 2 Ogos, 2018.

ISRAEL hari ini menyekat bekalan bahan api dan gas ke Jalur Gaza sebagai tindak balas terhadap penghantaran berterusan layang-layang yang membawa bahan mudah terbakar menyeberangi sempadan, kata Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman.

Langkah itu akan menjejaskan kawasan Palestin yang sudahpun mengalami pemotongan kuasa, terutama hospital.

Lieberman berkata dalam satu kenyataan bahawa tindakan keras itu adalah sebagai tindak balas kepada penggunaan “belon berapi” di sempadan bergolak antara Israel dan Gaza. –  AFP, 2 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen