PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern, pemimpin dunia kedua yang melahirkan anak semasa memegang jawatan, menyambung tugasnya pada Khamis selepas cuti bersalin enam minggu.
Pemimpin berusia 38 tahun itu memilih bekerja dari rumah di Auckland sehingga hujung minggu apabila berpindah ke ibu kota Wellington.
Dalam mesej Facebook hujung minggu lalu, Ardern berkata, keluarganya dalam keadaan baik.
“Kehidupan jelas akan menjadi sedikit berbeza,” tambahnya ketika mengayun buaian anak perempuannya, Neve.
Pasangannya, Clarke Gayford, yang merupakan pengacara rancangan memancing di televisyen, merancang menjaga anaknya.
Semasa mengumumkan kehamilannya, Benazir Bhutto - pemimpin dunia pertama yang mempunyai anak ketika memegang jawatan - tidak memberitahu sesiapa sehinggalah anak perempuannya dilahirkan pada Januari 1990.
Tidak seperti Ardern, yang berpeluang mengambil cuti bersalin, perdana menteri Pakistan itu menjalani pembedahan caesar dan kemudian kembali bekerja.
Semasa ketiadaan Ardern, timbalannya, Winston Peters memimpin negara. Ardern menyambung tugas apabila menghadiri sidang kemuncak menteri luar Asea di Singapura.
Ardern berkata beliau akan meneruskan tugas dengan bersemangat apabila kembali pada Isnin.
Minggu pertamanya akan memberi tumpuan kepada isu yang “sangat penting kepada saya”, termasuk kesihatan mental, alam sekitar, hal berkaitan perdagangan dan “pengumuman berkaitan pekerjaan”. – AFP, 2 Ogos, 2018.
Komen