SERAMAI 232 orang awam terbunuh dan 313 cedera di Afghanistan pada Julai, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan kumpulan pemantau pada Rabu.
“Kebanyakan mereka adalah mangsa serangan pengebom bunuh diri dan serangan udara pro-kerajaan di 22 dari 34 wilayah Afghanistan,” kata Kumpulan Sokongan Melindungi Orang Awam (CPAG) dalam satu kenyataan akhbar.
Majoriti kematian berlaku di wilayah Nangarhar, di mana 70 penduduk terbunuh dan 50 lagi cedera.
CPAG menggesa kumpulan bersenjata untuk menghormati peraturan perang serta melindungi orang awam.
Pada Jun, 158 orang awam terbunuh dan lebih 355 cedera akibat pertempuran di seluruh Afghanistan.– Bernama, 1 Ogos, 2018.
Komen