Presiden Angola pecat ketua polis


Presiden Angola, Joao Lourenco, telah memecat Alfredo Eduardo Manuel Mingas daripada jawatan komander jeneral polis kebangsaan negara itu.– Gambar AFP, 1 Ogos, 2018.

PRESIDEN Angola, Joao Lourenco, telah memecat Alfredo Eduardo Manuel Mingas daripada jawatan komander jeneral polis kebangsaan negara itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hal Ehwal Awam Presiden di Luanda pada Selasa, Lourenco turut memecat Paulo Gaspar de Almeida daripada jawatan komander jeneral kedua.

Turut dipecat António Pedro Joaquim Kandela yang memegang jawatan komander polis sempadan kebangsaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Lourenco melantik de Almeida sebagai komander jeneral polis kebangsaan Angola manakala Kandela dilantik mengisi jawatan komander jeneral kedua.

Presiden itu turut menaikkan pangkat de Almeida kepada komisioner jeneral mengikut perlembagaan Angola.– Bernama, 1 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen