Landasan kereta api laju hubung Mongolia-China siap


Ia dijangka beroperasi seawal akhir tahun 2019 bersama-sama kereta api bagi laluan Beijing-Zhangjiakou yang masih dalam pembinaan. – Gambar EPA, 1 Ogos, 2018.

KERJA-KERJA pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi pertama di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam yang terletak di utara China telah siap pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan syarikat pemaju projek itu.

Dengan kelajuan 250 kilometer sejam, kereta api dengan landasan sepanjang 287 kilometer itu melewati ibu kota wilayah serantau iaitu Hohhot, bandar Ulanqab dan bandar Zhangjiakou di Wilayah Hebei, menurut Hohhot Rail yang merupakan anak syarikat China Railway.

Ia dijangka beroperasi seawal akhir tahun 2019 bersama-sama kereta api bagi laluan Beijing-Zhangjiakou yang masih dalam pembinaan. 

Kedua-dua laluan dijangka mampu mengurangkan tempoh perjalanan antara Beijing dan Hohhot kepada tiga jam berbanding sembilan jam ketika ini. – Bernama, 1 Ogos, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen