Najib pertahan bayaran RM5 juta kepada Arul Kanda


Melati A. Jalil

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata bayaran yang diterima Arul Kanda lebih kecil berbanding yang diterima semasa beliau bekerja di bank. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Ogos, 2018.

BEKAS perdana menteri Najib Razak hari ini menjelaskan bayaran RM5 juta kepada bekas ketua 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk tempoh enam bulan antara Januari dan Jun, 2018 oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Beliau memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa Arul Kanda Kandasamy memperoleh lebih banyak ketika beliau bekerja di bank.

“Beliau menerima gaji besar untuk menyertai 1MDB dan kedua, beliau berjaya mengurangkan hutang daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion.

“Justeru, beliau berjaya melaksanakan sebahagian daripada tanggungjawabnya. Anda mesti melihatnya dalam konteks apa sahaja yang dibayar kepadanya lebih kecil berbanding apa yang diperoleh sebelum beliau menyertai 1MDB,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam mendedahkan di Dewan Rakyat yang pakej gaji itu diluluskan oleh Najib. – 1 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen