Lantikan politik Pakatan belum terima gaji, surat tawaran


Sheridan Mahavera

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberikan kebenaran untuk perjawatan lantikan politik membabitkan setiausaha dan pegawai khas menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Ogos, 2018.

BELUM pun dua bulan selepas dilantik, lantikan politik dalam kerajaan baharu merungut kerana mereka masih belum lagi menerima gaji, malah surat tawaran pun tiada.

Mereka menuding jari kepada pegawai perkhidmatan awam kanan yang dikatakan cuba memperkecilkan pentadbiran baharu Pakatan Harapan (PH).

Lantikan itu termasuk setiausaha dan pegawai khas kepada 13 menteri yang mengangkat sumpah dua minggu selepas PH mengambil alih Putrajaya dalam PRU14 yang bersejarah pada 9 Mei.

Sesetengah daripadanya sudah bekerja hampir dua bulan tetapi mendakwa mereka masih belum menerima gaji bulanan atau kontrak mengesahkan perjawatan mereka.

Keadaan ini masih berlaku walaupun selepas menteri masing-masing dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah memberikan kelepasan untuk permohonan kerja mereka.

Beberapa lantikan jawatan itu mempersoalkan sama ada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), serta mereka dimaklumkan permohonan mereka akan mengambil masa untuk diproses kerana kerajaan perlu membuat pemeriksaan latar belakang.

Pemeriksaan latar belakang ini membabitkan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

“Saya faham latar belakang kami perlu diperiksa, tetapi apa yang kami tidak faham ialah kenapa lama sangat,” kata seorang lantikan politik yang enggan dinamakan.

“Polis dan SPRM sepatutnya sebahagian daripada kerajaan, jadi kenapa lama sangat,” kata seorang pegawai yang sudah bekerja dengan menteri hampir dua bulan. – 1 Ogos, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen