Pesawat terhempas di Mexico, 85 penumpang cedera


Seorang pegawai polis berkawal di lapangan terbang Durango di Mexico susulan insiden pesawat membawa 97 penumpang terhempas dan terbakar, semalam. – Gambar AFP, 1 Ogos, 2018.

BERPULUH penumpang cedera selepas sebuah pesawat terhempas ketika berlepas dalam cuaca hujan ribut di utara Mexico, menyebabkan pesawat itu turut terbakar.

“Tiada kematian dalam insiden pesawat #AM2431,” kata Gabenor Durango Jose Rosas menerusi Twitter.

Penumpang berkata berlaku pergerakan aneh ketika berlepas.

Berpuluh-puluh penumpang mengalami cedera ringan.

“Kira-kira 85 orang cedera,” kata jurucakap pertahanan awam.

Pesawat itu cuba berlepas ketika hujan ribut tetapi terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah padang, kira-kira 10km dari lapangan terbang Durango.

Jurucakap berkata api bermula selepas pendaratan cemas. – AFP, 1 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen