6 maut terkena renjatan elektrik di Bangladesh


Enam orang maut selepas terkena renjatan elektrik di daerah Sirajganj, kira-kira 134 kilometer barat laut Dhaka pada petang Selasa, kata polis.– Gambar EPA, 31 Julai, 2018.

ENAM orang maut selepas terkena renjatan elektrik di daerah Sirajganj, kira-kira 134 kilometer barat laut Dhaka pada petang Selasa, kata polis.

Pegawai polis di balai Sirajganj, Mohammad Daud memberitahu Xinhua, kejadian tragik itu berlaku kira-kira pukul 12.45 malam waktu tempatan di sebuah rumah yang sempit.

Ketika kejadian mangsa berada dalam rumah dengan wayar elektrik hidup tergantung di bahagian atas rumah. 

“Kesemua mangsa maut di tempat kejadian dan seorang lagi cedera,” katanya.

Kemalangan akibat elektrik adalah perkara biasa di Bangladesh sama ada kerana peralatan elektrik atau jentera rosak, pendawaian rumah tidak selamat yang menyebabkan ratusan orang maut setiap tahun.– Bernama, 31 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen