GEMPA bumi berukuran 5.4 magnitud melanda pantai wilayah Fukushima, Jepun pada pukul 5.42 pagi waktu tempatan, Selasa menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.
Gegaran berpusat di perairan pantai wilayah Fukushima, pada 37.2 darjah utara dan 141.3 darjah timur dengan kedalaman 20 kilometer.
Setakat ini, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.– Bernama, 31 Julai, 2018.
Komen