Terlalu awal untuk nilai saya, kata Mohamad Sabu


MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu berkata masih terlalu awal untuk pihak tertentu menilai kemampuannya sebagai ahli kanan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

Presiden Amanah itu juga berkata buat masa sekarang beliau mahu memberi perhatian penuh terhadap tugasnya di kementerian dan tidak mahu melayan sebarang komen pihak luar.

“Baru dua bulan… waktu saya banyak habis di situ (kementerian), tumpuan saya sekarang terhadap Kementerian Pertahanan, soal menilai kita tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas sindiran bekas Perdana Menteri Najib Razak yang dilaporkan mempertikai kemampuan menteri pertahanan itu. 

Najib yang pernah menerajui Kementerian Pertahanan dilaporkan berkata demikian ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, baru-baru ini.– Bernama, 31 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen