6 maut dalam kejadian bom kereta meletup di selatan Filipina


EMPAT militia dan seorang kanak-kanak antara enam yang terbunuh, selepas bom kereta meletup di wilayah Basilan, selatan Filipina.– Gambar EPA, 31 Julai, 2018.

EMPAT militia dan seorang kanak-kanak antara enam yang terbunuh, selepas bom kereta meletup di wilayah Basilan, selatan Filipina, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

Media tempatan memetik Naib Datuk Bandar Lamitan Roderick Furigay berkata, kereta itu meletup kira-kira pukul 6 pagi ketika sedang diperiksa di sebuah pusat pemeriksaan di wilayah berkenaan. 

Setakat ini pihak tentera belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu, tetapi mengesyaki kumpulan pengganas Abu Sayyaf dalang di sebalik serangan tersebut.– Bernama, 31 Julai, 2018.

 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen