KADAR kes pembunuhan di Mexico mencecah rekod tertinggi pada 2017 dengan 31,174 kes dicatatkan, dengan kebanyakannya berlaku di tengah Negeri Mexico, menurut Institut Statistik dan Geografi Negara pada Isnin.
Sejumlah 3,046 pembunuhan dilaporkan pada 2017 berlaku di Negeri Mexico berbanding 2,768 kes pada 2016.
Di Guerrero yang menyaksikan peningkatan kes keganasan berkaitan dadah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menduduki tempat kedua dengan 2,578 kes diikuti Guanajuato sebanyak 2,252 kes.
Terdapat 25 kes pembunuhan untuk setiap 100,000 penduduk, berbanding 20 setiap 100,000 pada 2016.
Daripada 31,174 kes yang dilaporkan, 27,771 membabitkan mangsa lelaki manakala selebihnya wanita.
Menurut pakar-pakar, peningkatan kes disebabkan langkah kerajaan membongkar sindiket dadah dengan mensasarkan ketua sindiket,memaksa kumpulan lebih kecil bersaing untuk menguasai pasaran dan laluan pengedaran dadah yang memberi banyak keuntungan. – Bernama, 31 Julai, 2018.
Komen