Kerajaan perlu pelan jelas untuk industri kereta tempatan, kata Ideas 


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan sebelum ini mengabaikan Proton dan gagal melindunginya daripada saingan syarikat asing. – Gambar EPA, 31 Julai, 2018

PUTRAJAYA perlu mempunyai rancangan yang jelas untuk industri automotif negara, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Pakar ekonominya Adli Amirullah berkata, ketika ia menyokong idea untuk satu lagi projek kereta nasional, dibimbangi pembabitan kerajaan dalam proses itu akan membawa kepada persaingan 

“Kita tidak sepatutnya menghalang pemain pasaran daripada memasuki industri, tetapi kerajaan perlu menjauhi daripada pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau menggesa kerajaan untuk mencari jalan bagi menggalakkan saingan dalam industri kereta, seperti mengurangkan duti eksesais ke atas kereta import. 

Ini akan menyebabkan pengeluar tempatan menghasilkan kereta yang lebih murah dan lebih baik, tambahnya. 

Terdapat pertikaian berhubung rancangan untuk projek kereta nasional baharu, yang dibawa oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan idea itu beberapa kali selepas kembali berkuasa. Beliau turut meluahkan kekecewaan menerusi blognya kerana kekurangan sokongan terhadap Proton. 

Di Parlimen semalam, Dr Mahathir mengumumkan pelan untuk menyemak semula peraturan ke atas kereta import dan merungut bahawa “sesiapa yang membuat kereta boleh masuk” biar “tin milo” masuk untuk bersaing dengan pengeluar tempatan seperti Proton.

Adli turut memberi peringatan terhadap sekatan perdagangan, dan mengatakan “standard teknikal ke atas import bagi memastikan keselamatan pengguna dialu-alukan tetapi sekatan lain ke atas perdagangan perlu dielakkan”.

Pakar ekonomi Ideas itu jugak meragui dakwaan Dr Mahathir bahawa industri kereta tempatan Malaysia masih di peringkat awal, dan menyatakan pasaran besar Perodua di pasaran te,patan sebagai bukti industri yang lebih matang. 

Pengilang tempatan Malaysia, Proton dan Perodua, terdiri daripada dua daripada tiga pengeluar terbesar dalam pasaran, dan lebih banyak kereta Perodua dijual di Malaysia berbanding semua kereta import digabungkan. 

Hampir 40% daripada semua kereta yang dijual di Malaysia dibuat oleh Perodua, lebih dua kali ganda daripada pesaing terdekatnya, Honda. 

Dr Mahathir mendakwa kerajaan Barisan Nasional sebelum ini mengabaikan industri kereta Malaysia dan gagal melindungi Proton daripada saingan negara asing yang tidak adil. 

Katanya pesaing negara asing memaksa Proton untuk rugi, kerana pengeluar tempatan tidak dapat bersaing dengan syarikat luar negara dan membangkitkan idea untuk cukai import lebih tinggi bagi membolehkan Proton bersaing. 

Bagaimanapun, Adli mencadangkan bahawa dasar kerajaan tidak seharusnya memimpin industri kereta Malaysia, dan persaingan asing diperlukan.

“Malaysia perlu lebih terbuka untuk perdagangan dan melihat kepada persaingan, berbanding dasar terus kerajaan, untuk mengembangkan industri kereta yang berdaya saing.

Malam tadi, bekas perdana menteri Najib Razak turut mengkritik pengumuman Dr Mahathir berhubung rancangan utnuk melaksanakan undang-undang ke atas kereta import dan berkata dasar protektoris adalah regresif dan akan membebankan rakyat. – 31 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen