PM India ucap tahniah kepada Imran Khan


Pengerusi Pakistan Tehrik-i-Insaf (PTI) Imran Khan bercakap kepada orang ramai menerusi televisyen selepas partinya menang pilihan raya umum. – Gambar EPA, 31 Julai, 2018.

PERDANA Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada pengerusi Pakistan Tehrik-i-Insaf (PTI) Imran Khan di atas kemunculan partinya sebagai parti politik terbesar di perhimpunan kebangsaan Pakistan, lapor agensi berita Xinhua.

Bekas pemain kriket antarabangsa itu, memenangi pilihan raya umum Pakistan pada 25 Julai lalu.

Menurut sumber, menerusi perbualan telefon antara Modi dan Imran Khan, perdana menteri itu menyuarakan keyakinannya demokrasi dan keamanan akan terus subur di Pakistan serta rantau itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Modi turut menzahirkan harapannya bahawa demokrasi akan semakin utuh di Pakistan selain mengulangi wawasannya untuk mengekalkan keamanan serta meneruskan pembangunan dengan negara jiran. – Bernama, 31 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen